Orang yang beriman selalu punya cara untuk menjaga hatinya... meskipun berlawanan dengan apa yang ia terima dalam kehidupan... Saat mendapat musibah air matanya menitis tapi hatinya terilham untuk meyakini bahawa apa yang ditakdirkan ALLAH padanya pasti yang terbaik untuknya... .::AllahFilQalb::.
Tuesday, November 29, 2011
Saturday, November 26, 2011
SALAM MAAL HIJRAH 1433h
hari semalam biarlah menjadi satu pengalaman untuk kita tempuhi hari baru yang mungkin penuh dengan ujian dari Pencipta yang Maha Agung . ujian dariNya bukanlah kerana Dia membenci tetapi kerana sayang akan hambaNya yang selalu lalai dalam mengingatiNya .
Semoga tahun baru yang datang ini menjadi semangat kepada kita untuk terus berjuang demi Islam tercinta . dan semoga perjuangan itu menjadi tiket menuju syurga Allah . semoga selalu berada dalam redha Illahi . Amiin Ya Rabb (:
SEPI JE....^_*
Assalamualaikum... :)
dah lama CM tak update blog ni kan . hehe . kalau blog ni makanan agak-agaknya dah berkulat dah kot tunggu CM panaskan balik . actually bukan malas ataupun dah tak nak layan blog2 ni . seriously CM xsempat sangat2 . dah berapa kali terpikir nak buat entry baru . tapi tak dapat lagi . hmm . dah macam PM kan . PM pun tak se'busy' ni kut , boleh je posting-posting kt twitter dye . haha . ada sorang member CM ni selalu tanya bila CM nk buat entry baru , dye cakap kalau buka je CAHAYA MATA punya blog , masih lagi dengan entry yang NI . hehe . tu la entry terakhir CM sebelum busy mengalahkan PM ni :D . sori la ek . macam ni , bia la CM terus terang ye . Lepas kita sambut ari raya pose , CM kena balik kampus n kena get ready tuk 'berperang' . kalau ikut time tu sempat je nak buat entry , tapi kan tak de idea . hehe . time ade idea lak dekat2 nak masuk medan perang . time tu CM dah tak kawan ngan 'mr.lappy' . xsempat la nk buat entry baru . bila dah masuk medan perang lagi lah xsempat . ingatnya bila habis je berperang tu , bolehla post entry baru tapiii mr.lappy lak buat hal . entah ape yang dia makan sampai kena virus :( so, sekarang CM xdapat buat ape2 lagi . insyallah bila mr.lappy dah ok , CM akan postkan entry baru . doa2 kan ye supaya mr.lappy CM tu sihat balik (: skrg ni CM guna laptop anak buah . erm . buat masa sekarang ni je la yang dapat CM postkan . ok la . CM nak sarapan jap . lapa (:
salam with love
Monday, August 29, 2011
Sunday, August 28, 2011
semoga berjumpa lagi...
Pejam celik pejam celik, kita dah pun berada di penghujung Ramadhan . tetamu yang mulia ini bakal meninggalkan kita . apa yang diharapkan semoga kita dipanjangkan umur agar dapat bertemu lagi dengannya pada tahun akan datang . amiin ya Rabb.. semoga sepanjang kehadirannya . kita telah manfaatkan masa kita dalam meraikannya , tetamu yang dianugerahkan Allah kepada kita , melaluinyalah kita mendapat kerahmatan, keberkatan dan keampunan daripada Allah . Andai ini adalah Ramadhan terakhir bagi kita , apakah yang dapat kita bawa untuk menghadapNya.?? semoga segala amalan yang kita lakukan sepanjang bulan rahmat ini diterima Allah , dan diampunkan segala dosa-dosa..
ya Ramadhan kareem , semoga berjumpa lagi :) kami akan selalu merinduimu...
Friday, August 26, 2011
ku iringi pemergianmu dengan doa
26/08/2011genap enam tahun pemergian abang tersayang, meninggalkan kami sekeluarga, kembali kepada Khaliq . seperti baru semalam dia bersama kami, begitu cepat masa berlalu . semoga roh allahyarham dirahmati Illahi dan ditempatkan di kalangan orang2 mukmin..amiin ya Rabb..
Friday, August 19, 2011
Indahnya Sifat Sabar
Sabar???
Sabar itu sesuatu yang indah tetapi untuk mencapai tahap keindahan itu memerlukan sebuah pengorbanan yang utuh dan hebat.
Firman Allah s.w.t:“Dan orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara berterang-terang dan mereka pula menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah mendapat tempat kesudahan (yang baik), (yaitu) syurga-syurga ‘Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang soleh dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang malaikat masuk ke tempat mereka dar semua pintu; (sambil mengucapkan), “Selamat sejahtera atasmu karena kesabaranmu.” Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu,”(Ar-Ra’d; 13: 22-24)
Sifat sabar itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian :
Pertama:Bersabar menjunjung titah perintah Allah dan melaksanakan suruhannya.
Kedua:Bersabar terhadap larangan Allah dan meninggalkannya.
Ketiga:Bersabar ketika berhadapan dengan ujian Allah di atas muka bumi ini.
Kenapa kita perlu bersabar?>Kerana di hujung jalan kesabaran itu, terdapat kesudahan yang dibanjiri dengan nikmat-nikmat kesempurnaan.
Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Sesungguhnya Allah memiliki hak untuk diibadahi oleh hamba di saat tertimpa musibah, sebagaimana ketika dia mendapatkan kenikmatan.” Beliau juga mengatakan, “Maka sabar adalah kewajipan yang selalu melekat kepadanya, dia tidak boleh keluar darinya untuk selama-lamanya. Sabar merupakan penyebab untuk meraih segala kesempurnaan.”
Untuk menjadi insan rabbani tidak semudah memetik jari , namun kita perlu sentiasa bersabar atas segala kesulitan dan terus berdoa kepada Allah.
"SABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN"
"Bersabarlah menghadapi manis dan pahitnya hidup , kerana kebiasaannya sabar akan mendekatkan kepada kebijaksanaan." -Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni
Telah diriwayatkan dari Ummu Rabi' binti Barra, ibunya Harithah bin Suraqah yang gugur dalam perang Badar bahawa ia datang kepada Rasulullah s.a.w ingin mendengar dari beliau perihal keadaan anaknya yang yang mati syahid untuk menyejukkan hatinya. Dia bertanya: "Wahai Rasulullah , mahukah engkau ceritakan kepadaku perihal nasib Harithah? Jika dia berada di dalam syurga, maka aku bersabar dan jika selain itu, maka aku akan menangisinya sekuat-kuatnya." Rasulullah s.a.w menjawab: "Wahai Ummu Harithah, sesungguhnya dalam syurga terdapat banyak taman dan sesungguhnya anakmu mendapat tempat yang tertinggi di dalam syurga Firdaus"
+JoM hayati kisah ini . kisah seorang insan yang tidak jemu bersabar walaupun berada dalam kesulitan.
Wednesday, August 17, 2011
Nuzul Quran
~ Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan.Alhamdulillah, syukur kepada Illahi kerana telah memberi peluang kepada kita berada di bulan Ramadhan yang barakah ini . kita sudahpun berada di pertengahan Ramadhan . terasa begitu cepat masa berlalu . semoga hari-hari yang berlalu itu kita isi dengan perkara-perkara yang mendekatkan kita dengan Pencipta kita dan semoga kita mencapai ketakwaan dalam beribadah kepadaNya.. amiin.
*sempena hari nuzul quran . CM ada sedikit info berkaitan nuzul quran untuk dikongsikan bersama.
Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Al-Quran merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran menjadi panduan dalam segala hal yang mana mungkin terdapat kemusykilan dalam kehidupan seharian manusia dalam menentukan perkara yang hak dan batil.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Bulan Ramadhan, bulan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)." -Surah Al-Baqarah :185-
Perlu kita ketahui juga, Nabi SAW menerima wahyu daripada Allah SWT dalam pelbagai cara dan keadaan antaranya ialah :
1. Malaikat memasukkan wahyu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW tidak melihat sesuatu pun, hanya berasa ia sudah berada dalam kalbunya.
2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW berupa lelaki yang berkata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal kata-kata itu.
3. Wahyu datang seperti gemerincingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi SAW. Kadangkala pada keningnya keluar peluh walaupun ketika itu musim sejuk. Ada kalanya, unta yang Baginda tunggangi terpaksa berhenti dan duduk kerana berasa amat berat apabila wahyu itu turun. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW dalam rupanya yang asli.
*Seperti yang kita telah ketahui, Al-Quran merupakan panduan untuk kita menyelesaikan segala kemusykilan.. jadi, CM harap kalam Allah ini akan selalu meniti di bibir kita semua, sama-sama kita beramal dengannya (:
Tuesday, August 9, 2011
090811
Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah kerana masih memberi peluang kepadaku bernafas di bumiMu.. Semoga dengan anugerah yang Engkau beri ini menjadikan aku seorang yang bersyukur dengan nikmatmu.."Ya Allah, andai umurku masih panjang..kau berikanlah hidayahMu agar aku tetap di jalanMu..andai masa aku di dunia ini semakin suntuk, Engkau redhailah segala amalan aku selama aku hidup dan Engkau ambillah nyawaku dalam keadaan aku beriman kepadaMu..Jadikanlah aku anak yang solehah kepada kedua ibubapaku , adik dan kakak yang baik buat saudara-saudaraku , isteri solehah buat bakal pendampingku , ibu terbaik buat bakal zuriat-zuriatku dan seorang teman yang baik buat sahabat-sahabatku...Berikan kejayaan serta berkatilah aku di dunia dan di akhirat.."
Sunday, August 7, 2011
Bonus Ramadhan
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
" Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan" iaitu:
Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.
Bonus 2: Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
Bonus 3: Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: "Hampir-hampir hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu" (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan di akhirat)
Bonus 4: Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.
Bonus 5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).
Ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: " Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalannya." (Riwayat Ahmad)
*SOLUSI
Sunday, July 31, 2011
aHLaN wAsaHLaN ya RaMaDhAn
Alhamdulillah, setelah setahun ramadhan yang lepas meninggalkan kita . akhirnya kita bertemu lagi dengan bulan yang mulia pada tahun ini . Ahlan wasahlan wahai tetamu yang dirindui . kehadiranmu memberi kebahagiaan kepada umat islam yang selalu menantikanmu . ya Ramadhan kareem , kehadiranmu mengisi kehidupan kami dengan nikmat yang begitu bernilai . kerahmatan , keberkatan dan keampunan yang kami harapkan dari Khaliq kami melaluimu..
Ramadhan , bulan yang penuh kerahmatan , keberkatan dan keampunan dari Allah s.w.t kepada hambaNya yang bertakwa .
Firman Allah s.w.t:
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184)
Sabda Nabi s.a.w :
SALAM RAMADHANN KAREEM kepada muslimin & muslimat di seluruh dunia . Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya . Sama-sama kita menghidupkan bulan yang mulia ini dengan amal ibadat ikhlas keranaNya sepertimana tuntutan-tuntutan tersebut dan dihiasi dengan pohon-pohon kesabaran ."Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..."
(Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).
Semoga Allah memberkati dan merahmati hidup kita semua serta mengampunkan segala dosa-dosa lalu . Amiin ya Rabb..
Tuesday, July 26, 2011
Tetamu yang Dinanti-nanti
Alhamdulillah, kita sudah berada di penghujung bulan Syaaban . Ini bererti kita bakal didatangi tetamu yang cukup indah lagi barakah iaitu Ramadhan kareem , Bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan bagi umat islam yang menghidupkan bulan ini dengan amal ibadah yang ikhlas kerana Allah s.w.t .
Tidak sabar rasanya ingin bertemu denganmu wahai ramadhan , ingin dirasa kenikmatanmu .
"Ya Allah, kau panjangkanlah umur kami agar kami bisa merasai kenikmatan bulan Ramadhan yang akan bertandang di dalam hidup kami beberapa hari lagi . andai kami sempat bertemu dengan tetamu yang indah ini , akan kami hargai ia dan kami manfaatkan masa kami untuknya dengan izinMu ya Allah"
~amiin ya Rabb~
ya Ramadhan , kami merinduimu . kehadiranmu dinanti-nanti , semoga kami dipanjangkan umur supaya sempat bertemu denganmu .
Monday, July 25, 2011
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna
Di sini CM sertakan beberapa pesanan Imam Hasan Al-Banna, mari sama-sama kita baca, fahami dan jadikan ia sebagai amalan dalam hidup kita...
Berikut adalah 10 pesanan Imam Hasan Al-Banna..
1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang yangnyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang
8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan
9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang yangnyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang
8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan
9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
*semoga pesanan Imam Hasan Al-Banna ini menjadi rantai hikmah kepada kita bagi menyambung perjuangan beliau dalam menegakkan agama ALLAH yang suci..
Thursday, July 21, 2011
ABADIKAN HATI DENGAN SIFAT MAHMUDAH
Imam Ghazali telah menggariskan sifat mahmudah kepada beberapa bahagian:
1. TAUBAT~ Keazaman utk meninggalkan segala kesalahan dan dosa besar melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.
2. TAKUT AKAN ALLAH S.W.T~ Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan laranganNya.
3. MAHABBAH~ Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang mempertahankan Islam.
4. ZUHUD~ Kehidupan insan Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.
5. SABAR~ Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan yang merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalan menjauhi maksiat.
6. SYUKUR~ Bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat kesihatan, rezeki, kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya.
7. IKHLAS~ Untuk mencapai keikhlasan, amat dituntut mematahkan dorongan nafsu dan kasih akan dunia.
8. TAWAKAL~ Meletakkan pergantungan hanya pada Allah s.w.t setelah berazam diikuti dengan usaha.
9. REDHA DENGAN QADA' ALLAH~ Segala ketentuan Allah samada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan Mukmin.
10. MENGINGATI MATI~ Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya.
sumber: GenQ
Friday, July 15, 2011
Cinta Ukasyah Membawa ke Syurga
Dalam satu kesempatan usai shalat berjamaah di masjid, Rasulullah yang baru sembuh dari sakit berdiri di depan jamaahnya dan berkata, “Duhai sahabat, kalian tahu umurku tak akan lagi panjang, Siapakah di antara kalian yang pernah merasa teraniaya oleh si lemah ini? bangkitlah sekarang untuk mengambil kisas, jangan kau tunggu hingga kiamat menjelang, karena sekarang itu lebih baik”.
Semua yang hadir terdiam, semua mata menatap lekat Nabi yang terlihat lemah. Tak akan pernah ada dalam benak mereka perilaku Nabi yang terlihat janggal. Apapun yang dilakukan Nabi, selalu saja indah. Segala hal yang diperintahkannya, selalu membuihkan bening saripati cinta. Tak akan rela sampai kapanpun, ada yang menyentuhnya meski hanya secuil jari kaki. Apapun akan digadaikan untuk membela Al-Musthafa.
Melihat semua terdiam, Nabi mengulangi lagi ucapannya, kali ini suaranya terdengar lebih keras. Masih saja para sahabat duduk tenang. Hingga ucapan yang ketiga kali, seorang laki-laki berdiri menuju Nabi. Dialah ‘Ukasyah Ibnu Muhsin. “Ya Rasul Allah, dulu aku pernah bersamamu di perang Badar. Untaku dan untamu berdampingan, dan aku pun menghampirimu agar dapat menciummu, duhai kekasih Allah, saat itu engkau melecutkan cambuk kepada untamu agar dapat berjalan lebih cepat, namun sesungguhnya engkau memukul lambung samping ku” ucap ‘Ukasyah.
Mendengar ini Nabi pun menyuruh Bilal mengambil cambuk di rumah putrinya, Fatimah. Tampak keengganan menggelayuti Bilal, langkahnya terayun begitu berat, ingin sekali ia menolak perintah tersebut. Ia tidak ingin cambuk yang dibawanya itu melecut tubuh Nabi yang baru saja sembuh.
Abu Bakar dan Umar bin Khattab maju ke depan dan berkata kepada Ukasyah, “Deralah kami sesukamu, pilihlah bagian mana saja yang kau inginkan. Jangan sekali-kali kau pukul Rasul…” Namun Rasulullah meminta keduanya duduk kembali dan membiarkan Ukasyah melanjutkan. Begitu pun ketika Ali bin Abi Thalib berdiri dan mengajukan dirinya untuk dikisas menggantikan baginda Nabi.
Ketika Rasulullah membuka gamisnya, maka terlihatlah tubuh indah nan mulia milik lelaki pilihan itu. Saat itulah Ukasyah membuang cambuk di tangannya dan melompat memeluk tubuh mulia itu. “Siapakah yang sampai hati mengkisas manusia indah sepertimu. Aku hanya berharap tubuhku melekat dengan tubuhmu hingga Allah dengan keistimewaan ini menjagaku dari sentuhan api neraka”.
Dengan tersenyum, Nabi berkata: “Ketahuilah duhai manusia, siapa yang ingin melihat penduduk surga, maka lihatlah pribadi lelaki ini”. Ukasyah langsung tersungkur dan bersujud memuji Allah…
Sedangkan yang lain berebut mencium ‘Ukasyah.“Duhai, ‘Ukasyah berbahagialah engkau telah dijamin Nabi sedemikian pasti, bergembiralah engkau, karena kelak engkau menjadi salah satu yang menemani Rasul di surga”.~bertuahnya Ukasyah, menjadi peneman Nabi di Syurga kerana cintanya kepada Nabi...begitu cintanya para sahabat kepada Nabi sehingga tidak rela melihat tubuh Baginda dilukai walau sedikitpun...mampukah kita menjadi umat Nabi Muhammad yang mencintai Nabi lebih dari apa yang ada di dunia sementara ini...?
>semoga kisah ini memberi manfaat kepada semua agar bertambah cinta di hati untuk Nabi tercinta..mari sentiasa berselawat kepada Nabi SAW (:
Wednesday, July 13, 2011
Fadhilat Syaaban
Sedar tak sedar , kita sudah berada hampir di pertengahan bulan Syaaban , bulan yang juga penuh dengan keberkatan dan fadhilatnya bagi orang menghidupkan bulan ini dengan amal ibadat . Bulan ini juga mengingatkan kita umat islam kepada hampirnya bulan islam yang penuh kerahmatan iaitu Ramadhan.
~hari ni CM nak kongsikan sedikit info tentang fadhilat bulan Syaaban untuk renungan bersama (:
SYAABAN DAN KELEBIHANNYA
Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.
Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai . Ini kerana diambil sempena peristiwa orang-orang Arab berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air pada bulan tersebut . Ada pula yang berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.Bulan Syaaban juga merupakan bulan untuk kita memperbaiki diri dari segala salah silap yang pernah dilakukan.
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
KEUTAMAAN SYAABAN
Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya.
Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”
~Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan.
Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”
~Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”
Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN
1. Memperbanyakkan puasa sunat:i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
iii Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)
v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”
2. Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
3. Bertaubat:
Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.
MALAM NISFU SYAABAN
~Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban.Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.
P/S : Marilah sama-sama kita hidupkan bulan Syaaban yang penuh keberkatan ini dengan amal ibadat yang ikhlas keranaNya . Selamat beramal . Semoga Allah memberkati kita dan menerima taubat kita serta mengampunkan segala dosa-dosa (:
Monday, July 11, 2011
Jika Aku Jatuh Cinta
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu...
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu...
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
~Amin Ya Rabb~
Sunday, June 26, 2011
BERSIH 2011
BERSIHKAN PILIHANRAYA
HENTIKAN POLITIK KOTOR!!!
BANGUNLAH WAHAI ANAK-ANAK MUDA!!!!
PERJUANGKAN HAK RAKYAT!!!
" Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh"
Saturday, June 4, 2011
Doa Ringkas Lepas Solat
~Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Amiin Ya Rabb...
Sunday, May 22, 2011
Takziah
Buat keluarga mangsa kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat..Diharap ahli keluarga mangsa dapat bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi.. untuk maklumat lanjut klik SINI .* Semoga Allah mencucuri rahmat kesemua mangsa yang terkorban..Sedekahkan al-Fatihah buat mangsa yang terkorban..(al-Fatihah)
Hukum Fotografi
-Harus bagi seseorang mengambil gambar seseorang yang lain mengikut syariat Islam.
-Harus menerima bayaran dari foto-foto yang halal.
*Fotografi menjadi haram apabila gambar yang diambil adalah melanggar syariat Islam seperti mengambil gambar bogel @ mengambil gambar perempuan yang mendedahkan aurat.
*Melihat aurat perempuan tanpa keperluan darurat (seperti seorang doktor merawat pesakit) adalah haram di sisi Islam.
*Maka hukum mengambil gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya dan permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.
*Tidak halal rezeki yang diterima dari mengambil gambar yang melanggar syariat Islam seperti perempuan yang mendedahkan aurat.
Mengikut kaedah fiqh:
"Al-hukum bil wasilah hukum bil maqosid"
-Hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud iaitu jika haram penggunaannya maka haram memperolehinya.
Hadis Sahih Bukhari:
"Sesungguhnya yang halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubhah (samar-samar) yang kebanyakannya manusia tidak mengetahuinya."
Wallahua'lam....
Wallahua'lam....
5 Tiang Utama
Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-
1. Mengucap dua kalimah syahadah
-(Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad Itu Pesuruh Allah.)
"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Ali 'Imran : 18)
2. Menunaikan solat fardu
-Umat Islam wajib menunaikan solat lima waktu yang dikenali sebagai solat Fardu atau solat yang wajib dilakukan.
" Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " - (Surah An-Nisaa': 103)
3. Berpuasa pada bulan Ramadan
-Wajib bagi umat Islam berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. " - (Surah Al-Baqarah: 185)
4. Membayar zakat
-Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. " (Surah At-Taubah : 103)
5. Mengerjakan Haji bagi yang mampu
-(Sesetengah Ulama' berpendapat saranan ini agar umat islam berusaha untuk mampu)
Semua orang Islam yang mampu wajib mengerjakan haji, tidak berkira asal-usul mereka. Umat Islam harus mengerjakan rukun ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
"Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadatHaji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. " (Surah Ali 'Imran : 97)
Thursday, May 19, 2011
RAKYAT MARHAEN: ARTIKEL LAMA : 15 GEJALA SOSIAL MELAYU..??? UNTU...
RAKYAT MARHAEN: ARTIKEL LAMA : 15 GEJALA SOSIAL MELAYU..??? UNTU...: "15 GEJALA SOSIAL MELAYU..??? Dalam ruangan skop Berita Hairan (NST) (bertarikh 18/10/2000), Rektor Universiti Islam Antara Bangsa Malays..."
Hukum Mencabut Bulu Kening
Umat Islam mempunyai nilai tersendiri dalam menonjolkan diri seperti mana yang digalakkan mengikut syarak.
Rasulullah SAW menegaskan: " Bahawa Allah itu indah, Allah sukakan keindahan".
Maksud keindahan yang baginda tegaskan ialah keindahan yang memenuhi tuntutan fitrah semula jadi manusia iaitu keindahan yang tidak sampai menyebabkan lelaki menjadi lembut seperti wanita atau sebaliknya. Keindahan yang digalakkan dalam Islam ialah keindahan yang memenuhi ciri khas lelaki dan perempuan.
Allah menegaskan dalam surah An-Nisa' yang bermaksud:
"Janganlah kamu (samaada lelaki mahupun perempuan) menginginkan kelebihan yang telah diberikan Allah kepada sebahagian yang lain (jenis yang berlainan). Bagi kaum lelaki apa yang mereka kerjakan. Manakala untuk kaum wanita pula apa yang mereka usahakan. Oleh itu, harap dan mohonlah kurnia Allah. Allah Maha Mengetahui (rahsia) segala-galanya."
Mengenai hukum mencabut bulu kening, ia adalah haram samada bagi lelaki mahupun perempuan.
Rasulullah SAW bersabda: "Allah mengutuk wanita yang memakai rambut palsu atau minta dipakaikan rambut palsu dan wanita yang mencabut bulu kening atau minta dicabutkan bulu keningnya."
(H.R Abu Daud)
Juga hadis riwayat Muslim:
"Allah mengutuk wanita yang membubuh tatu atau menyuruh orang membubuh tatu (dibadan) yang mencabut kening atau menyuruh orang mencabut keningnya atau yang mengasah giginya untuk menghias diri dan merubah ciptaan Allah."
*Jika bulu kening berkenaan luar biasa dan dalam bentuk yang mencacatkan keindahan wajah seseorang maka bolehlah diubah ke tahap normal walaupun terpaksa mencabut beberapa bahagian bulu kening di tempat yang tertentu.
*Menurut ulama',kalau anggota wajah seseorang adalah normal maka haram membuat apa-apa perubahan dalam bentuk yang telah diciptakan oleh Allah. Tetapi kalau keadaannya cacat yang mengaibkan maka bolehlah anggota berkenaan diubah dengan cara yang selamat dan memolekkan rupa paras seseorang itu.
Sunday, May 15, 2011
we'll find the way...
INSYALLAH
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insya Allah
Insya Allah we`ll find the way
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insya Allah
Insya Allah we`ll find the way
Wednesday, May 11, 2011
Takwa kepada ALLAH...
Tanda-tanda takwa atau takut kepada Allah dapat dilihat dalam 7 perkara iaitu:
Pertama: Lisan
> Seseorang itu menjaga lisan atau lidahnya daripada Ghibah seperti membuat fitnah, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya.
Daripada Abdullah bin Busr r.a, seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syariat Islam (perkara wajib dan sunat) terlalu banyak ke atasku, beritahulah sesuatu yang dapat ku bergantungan dengannya." Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: " Hendaklah lidah kamu sentiasa dibasahi dengan zikir kepada Allah."
Nabi s.a.w bersabda: "Dan siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah ia mengatakakan perkara yang baik."
Kedua: Hati
> Seseorang itu menjaga hatinya agar bersih dan suci dari sifat hasad yang akan melenyapkan kebaikan sebagaimana api melenyapkan kayu.
Dari Nu'man bin Basyir diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari Rasulullah s.a.w mengingatkan mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud : "Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati."
Ketiga: Pandangan
> Seseorang itu menjaga pandangannya dari melihat perkara-perkara haram yang boleh menggelapkan hati.
Imam al ghazali di dalam kitabnya Ihya’ ulumuddin menyebutkan, bahwa mata adalah panglima hati. Hampir semua perasaan dan perilaku awalnya dipicu oleh pandangan mata. Bila mata dibiarkan memandang yang dibenci dan dilarang, maka pemiliknya berada di tepi jurang bahaya. Meskipun ia tidak sungguh-sungguh jatuh ke dalam jurang”.
Keempat: Perut
> Seseorang menjaga perutnya agar tidak diisi dengan makanan dan minuman yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi barang yang haram berada di dalam tubuh kita.
Firman Allah s.w.t.: "Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Sungguh, setan itu musuh yang nyata bagimu."
Kelima: Tangan
> Seseorang itu menjaga kedua-dua tangannya supaya tidak digunakan untuk melakukan perkara-perkara haram yang dibenci Allah.
Nabi s.a.w bersabda: "Daripada kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat kepadanya."
* Nabi s.a.w menyuruh melakukan kerja yang bermanfaat yakni kerja yang halal dalam syariat Islam.
Keenam: Kaki
> Seseorang menjaga kedua-dua kakinya supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah s.w.t.. Seeloknya bila melangkah keluar disertai dengan doa-doa untuk memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.
Daripada Ummu Salamah, sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila keluar dari rumahnya, baginda memandang ke langit sambil berkata: " Dengan nama Allah aku bertawakal kepadaNya. Ya Allah! Aku mohon berlindung dengan Engkau daripada kami tergelincir atau digelincirkan (daripada jalan kebenaran) atau tersesat atau disesatkan (daripada hidayah) atau kami melakukan kezaliman atau kami dizalimi, atau kami tidak menjadi orang yang jahil atau orang lain memperbodohkan kami."
Ketujuh:
>Ketakwaan atau ketaatan kepada Allah dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t serta takut kepada sifat-sifat riak dan munafik.
* Firman Allah s.w.t.: "Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa."
* Firman Allah s.w.t.: "Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah bersama orang-orang yang bdertakwa."
* Firman Allah s.w.t.: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim."
.::AllahFilQalb::.
Tuesday, May 3, 2011
Sejarah Solat 5 Waktu
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
SUBUHManusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
ZOHORManusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASARManusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIBManusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
ISYAKManusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
.:: AllahFilQalb ::.
*http://tazkirah.blogdrive.com
Subscribe to:
Comments (Atom)
















