Glitter Words

Friday, August 19, 2011

Indahnya Sifat Sabar




Sabar???
Sabar itu sesuatu yang indah tetapi untuk mencapai tahap keindahan itu memerlukan sebuah pengorbanan yang utuh dan hebat.
Firman Allah s.w.t:“Dan orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara berterang-terang dan mereka pula menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah mendapat tempat kesudahan (yang baik), (yaitu) syurga-syurga ‘Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang soleh dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang malaikat masuk ke tempat mereka dar semua pintu; (sambil mengucapkan), “Selamat sejahtera atasmu karena kesabaranmu.” Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu,”(Ar-Ra’d; 13: 22-24) 
Sifat sabar itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian : 
Pertama:Bersabar menjunjung titah perintah Allah dan melaksanakan suruhannya. 
Kedua:Bersabar terhadap larangan Allah dan meninggalkannya. 
Ketiga:Bersabar ketika berhadapan dengan ujian Allah di atas muka bumi ini. 
Kenapa kita perlu bersabar?>Kerana di hujung jalan kesabaran itu, terdapat kesudahan yang dibanjiri dengan nikmat-nikmat kesempurnaan. 
Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Sesungguhnya Allah memiliki hak untuk diibadahi oleh hamba di saat tertimpa musibah, sebagaimana ketika dia mendapatkan kenikmatan.” Beliau juga mengatakan, “Maka sabar adalah kewajipan yang selalu melekat kepadanya, dia tidak boleh keluar darinya untuk selama-lamanya. Sabar merupakan penyebab untuk meraih segala kesempurnaan.” 
Untuk menjadi insan rabbani tidak semudah memetik jari , namun kita perlu sentiasa bersabar atas segala kesulitan dan terus berdoa kepada Allah.

 "SABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN"

"Bersabarlah menghadapi manis dan pahitnya hidup , kerana kebiasaannya sabar akan mendekatkan kepada kebijaksanaan." -Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

Telah diriwayatkan dari Ummu Rabi' binti Barra, ibunya Harithah bin Suraqah yang gugur dalam perang Badar bahawa ia datang kepada Rasulullah s.a.w ingin mendengar dari beliau perihal keadaan anaknya yang yang mati syahid untuk menyejukkan hatinya. Dia bertanya: "Wahai Rasulullah , mahukah engkau ceritakan kepadaku perihal nasib Harithah? Jika dia berada di dalam syurga, maka aku bersabar dan jika selain itu, maka aku akan menangisinya sekuat-kuatnya." Rasulullah s.a.w menjawab: "Wahai Ummu Harithah, sesungguhnya dalam syurga terdapat banyak taman dan sesungguhnya anakmu mendapat tempat yang tertinggi di dalam syurga Firdaus"

*Allah menjanjikan syurga-syurga bagi orang yang bersabar. Tidak rugi kita bersabar kerana imbalan yang bakal kita perolehi daripada kesabaran kita itu begitu indah(:


+JoM hayati kisah ini . kisah seorang insan yang tidak jemu bersabar walaupun berada dalam kesulitan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...