Tonggak kekuatan Khalifah Uthman Al-Affan
Beliau seorang wanita yang cantik dan akhlaknya , isteri Khlifah Uthman bin Affan . Seorang isteri yang ikhlas , setia dan taat pada suami . Meskipun Naelah bukannya dari golongan wanita Quraisy , mempunyai ayah penganut agama nasrani namun beliau tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu . Ini disebabkan kelebihan kecantikkan , kebijaksanaan , kefasihan lidahnya serta kematangan fikirannya . Paling membahagiakan , beliau adalah seorang isteri yang ikhlas , setia dan taat kepada suami tercinta kala ditimpa kesusahan atau musibah.
Ketika berlaku pemberontakan pada waktu pemerintahan Khalifah Uthman al-Affan , Naelah tidak pernah berjauhan dengan suaminya . Beliau sentiasa memberi semangat dan keyakinan kepada Khalifah Uthman al-Affan agar terus tabah dan sabar dalam meneruskan perjuangan suci itu.
Peristiwa pengepungan selama 50 hari rumah Khalifah Uthman menunjukkan betapa besarnya kasih sayang Naelah terhadap suaminya . Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah . Tiga orang telah terbunuh . Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah , namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu . Muhammad bin Abu Bakar yg mengetuai pembelotan itu.Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya . Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Naelah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya . Naelah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut . Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar , dia menghayun pedangnya dan Naelah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain.
Muhammad mencabut janggut Khalifah , memukul kepala dan menikamnya . Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup . Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah , badan Naelah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah. Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak . Sesudah pembunuhan itu , tidak seorang pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau sehingga Naelah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza , mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang . Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah . Naelah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.
Berita kematian Khalifah tersebar luas . Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam . Naelah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi "Jika dua golongan dari kaum itu berperang , hendaklah kamu damaikan antara keduanya . Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain , maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah".
Naelah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah . Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar . Beliau turut mengirimkan lima jari yang terpotong . Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya . Kesedihan Naelah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya . Naelah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya, "Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?". Lalu Naelah menjawab, "Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku , sebagaimana diketahui oleh Uthman".Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Naelah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya . Sesungguhnya , Naelah al-Farafisyah merupakan seorang serikandi Islam yang sanggup menggadaikan jiwa raga demi mempertahankan nyawa dan keselamatan suaminya dan agama Islam . Betapa tingginya semangat juang yang beliau tunjukkan sebagai seorang muslimah dan inilah tonggak kekuatan sebenar seorang suami.
Mampukah kita menjadi pembakar semangat , pengubat sakit , taat & setia disisi seorang insan bergelar suami sepanjang hayat kita ?
Mampukah kita mencontohi serikandi Islam , Naelah al-Farafisyah ?
*Salam mahabbah buat sahabat-sahabatku & muslimah-muslimah yang selalu mendambakan cinta Ilahi . NAinZ berharap kisah yang NAinZ kongsikan ini beerti buat kita semua . Semoga kita juga mampu menjadi seperti Naelah al-Farafisyah dalam mempertahankan Islam tercinta . Semoga kita mampu menjadi tonggak kekuatan seorang suami dalam perjuangannya . Amiin (:
No comments:
Post a Comment