Glitter Words

Tuesday, April 26, 2011

Jangan Nikahi Wanita Ini

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali "Jangan engkau nikahi wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, Mananah, Hadaqah, Hananah, Baraqah dan Syadaqah.


Wanita Ananah:
Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan "aku membuat itu keranamu".

Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangannya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suami untuk membelinya.

Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini.

Wanita Baraqah:
Terdapat dua makna. Pertama, sepanjang hari mengilatkan  dan menghias wajahnya. Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah:
Banyak cakap dan bising.

.::AllahFilQalb::.
>ILUVISLAM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...