Glitter Words

Sunday, August 7, 2011

Bonus Ramadhan

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
" Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan" iaitu:

Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

Bonus 2: Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

Bonus 3: Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: "Hampir-hampir hamba-hambaKu yang soleh  akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu" (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi  kebahagiaan di akhirat)

Bonus 4: Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

Bonus 5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).

Ada sahabat yang bertanya kepada  Baginda s.a.w: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam  Lailatulqadar?" Baginda menjawab: " Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalannya." (Riwayat Ahmad)
 *SOLUSI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...