~ Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan.Alhamdulillah, syukur kepada Illahi kerana telah memberi peluang kepada kita berada di bulan Ramadhan yang barakah ini . kita sudahpun berada di pertengahan Ramadhan . terasa begitu cepat masa berlalu . semoga hari-hari yang berlalu itu kita isi dengan perkara-perkara yang mendekatkan kita dengan Pencipta kita dan semoga kita mencapai ketakwaan dalam beribadah kepadaNya.. amiin.
*sempena hari nuzul quran . CM ada sedikit info berkaitan nuzul quran untuk dikongsikan bersama.
Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Al-Quran merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran menjadi panduan dalam segala hal yang mana mungkin terdapat kemusykilan dalam kehidupan seharian manusia dalam menentukan perkara yang hak dan batil.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Bulan Ramadhan, bulan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)." -Surah Al-Baqarah :185-
Perlu kita ketahui juga, Nabi SAW menerima wahyu daripada Allah SWT dalam pelbagai cara dan keadaan antaranya ialah :
1. Malaikat memasukkan wahyu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW tidak melihat sesuatu pun, hanya berasa ia sudah berada dalam kalbunya.
2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW berupa lelaki yang berkata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal kata-kata itu.
3. Wahyu datang seperti gemerincingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi SAW. Kadangkala pada keningnya keluar peluh walaupun ketika itu musim sejuk. Ada kalanya, unta yang Baginda tunggangi terpaksa berhenti dan duduk kerana berasa amat berat apabila wahyu itu turun. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW dalam rupanya yang asli.
*Seperti yang kita telah ketahui, Al-Quran merupakan panduan untuk kita menyelesaikan segala kemusykilan.. jadi, CM harap kalam Allah ini akan selalu meniti di bibir kita semua, sama-sama kita beramal dengannya (:

No comments:
Post a Comment