Glitter Words

Wednesday, May 11, 2011

Takwa kepada ALLAH...

Tanda-tanda takwa atau takut kepada Allah dapat dilihat dalam 7 perkara iaitu:

Pertama: Lisan
> Seseorang itu menjaga lisan atau lidahnya daripada Ghibah seperti membuat fitnah, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya.

Daripada Abdullah bin Busr r.a, seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syariat Islam (perkara wajib dan sunat) terlalu banyak ke atasku, beritahulah sesuatu yang dapat ku bergantungan dengannya." Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: " Hendaklah lidah kamu sentiasa dibasahi dengan zikir kepada Allah."

Nabi s.a.w bersabda: "Dan siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah ia mengatakakan perkara yang baik."

Kedua: Hati
> Seseorang itu menjaga hatinya agar bersih dan suci dari sifat hasad yang akan melenyapkan kebaikan sebagaimana api melenyapkan kayu.

Dari Nu'man bin Basyir diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari Rasulullah s.a.w mengingatkan mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud : "Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati."

Ketiga: Pandangan
> Seseorang itu menjaga pandangannya dari melihat perkara-perkara haram yang boleh menggelapkan hati.

Imam al ghazali di dalam kitabnya Ihya’ ulumuddin menyebutkan, bahwa mata adalah panglima hati. Hampir semua perasaan dan perilaku awalnya dipicu oleh pandangan mata. Bila mata dibiarkan memandang yang dibenci dan dilarang, maka pemiliknya berada di tepi jurang bahaya. Meskipun ia tidak sungguh-sungguh jatuh ke dalam jurang”.
   
Keempat: Perut
> Seseorang menjaga perutnya agar tidak diisi dengan makanan dan minuman yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi barang yang haram berada di dalam tubuh kita.

Firman Allah s.w.t.: "Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Sungguh, setan itu musuh yang nyata bagimu."

Kelima: Tangan
> Seseorang itu menjaga kedua-dua tangannya supaya tidak digunakan untuk melakukan perkara-perkara haram yang dibenci Allah.

Nabi s.a.w bersabda: "Daripada kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat kepadanya." 

* Nabi s.a.w menyuruh melakukan kerja yang bermanfaat yakni kerja yang halal dalam syariat Islam.

Keenam: Kaki
> Seseorang menjaga kedua-dua kakinya supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah s.w.t.. Seeloknya bila melangkah keluar disertai dengan doa-doa untuk memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

Daripada Ummu Salamah, sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila keluar dari rumahnya, baginda memandang ke langit sambil berkata: " Dengan nama Allah aku bertawakal kepadaNya. Ya Allah! Aku mohon berlindung dengan Engkau daripada kami tergelincir atau digelincirkan (daripada jalan kebenaran) atau tersesat atau disesatkan (daripada hidayah) atau kami melakukan kezaliman atau kami dizalimi, atau kami tidak menjadi orang yang jahil atau orang lain memperbodohkan kami."

Ketujuh: 
>Ketakwaan atau ketaatan kepada Allah dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t serta takut kepada sifat-sifat riak dan munafik.


* Firman Allah s.w.t.: "Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa."

* Firman Allah s.w.t.: "Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah bersama orang-orang yang bdertakwa."

* Firman Allah s.w.t.: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim."

.::AllahFilQalb::.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...