Orang yang beriman selalu punya cara untuk menjaga hatinya... meskipun berlawanan dengan apa yang ia terima dalam kehidupan... Saat mendapat musibah air matanya menitis tapi hatinya terilham untuk meyakini bahawa apa yang ditakdirkan ALLAH padanya pasti yang terbaik untuknya... .::AllahFilQalb::.
Monday, August 29, 2011
Sunday, August 28, 2011
semoga berjumpa lagi...
Pejam celik pejam celik, kita dah pun berada di penghujung Ramadhan . tetamu yang mulia ini bakal meninggalkan kita . apa yang diharapkan semoga kita dipanjangkan umur agar dapat bertemu lagi dengannya pada tahun akan datang . amiin ya Rabb.. semoga sepanjang kehadirannya . kita telah manfaatkan masa kita dalam meraikannya , tetamu yang dianugerahkan Allah kepada kita , melaluinyalah kita mendapat kerahmatan, keberkatan dan keampunan daripada Allah . Andai ini adalah Ramadhan terakhir bagi kita , apakah yang dapat kita bawa untuk menghadapNya.?? semoga segala amalan yang kita lakukan sepanjang bulan rahmat ini diterima Allah , dan diampunkan segala dosa-dosa..
ya Ramadhan kareem , semoga berjumpa lagi :) kami akan selalu merinduimu...
Friday, August 26, 2011
ku iringi pemergianmu dengan doa
26/08/2011genap enam tahun pemergian abang tersayang, meninggalkan kami sekeluarga, kembali kepada Khaliq . seperti baru semalam dia bersama kami, begitu cepat masa berlalu . semoga roh allahyarham dirahmati Illahi dan ditempatkan di kalangan orang2 mukmin..amiin ya Rabb..
Friday, August 19, 2011
Indahnya Sifat Sabar
Sabar???
Sabar itu sesuatu yang indah tetapi untuk mencapai tahap keindahan itu memerlukan sebuah pengorbanan yang utuh dan hebat.
Firman Allah s.w.t:“Dan orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara berterang-terang dan mereka pula menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah mendapat tempat kesudahan (yang baik), (yaitu) syurga-syurga ‘Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang soleh dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang malaikat masuk ke tempat mereka dar semua pintu; (sambil mengucapkan), “Selamat sejahtera atasmu karena kesabaranmu.” Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu,”(Ar-Ra’d; 13: 22-24)
Sifat sabar itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian :
Pertama:Bersabar menjunjung titah perintah Allah dan melaksanakan suruhannya.
Kedua:Bersabar terhadap larangan Allah dan meninggalkannya.
Ketiga:Bersabar ketika berhadapan dengan ujian Allah di atas muka bumi ini.
Kenapa kita perlu bersabar?>Kerana di hujung jalan kesabaran itu, terdapat kesudahan yang dibanjiri dengan nikmat-nikmat kesempurnaan.
Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Sesungguhnya Allah memiliki hak untuk diibadahi oleh hamba di saat tertimpa musibah, sebagaimana ketika dia mendapatkan kenikmatan.” Beliau juga mengatakan, “Maka sabar adalah kewajipan yang selalu melekat kepadanya, dia tidak boleh keluar darinya untuk selama-lamanya. Sabar merupakan penyebab untuk meraih segala kesempurnaan.”
Untuk menjadi insan rabbani tidak semudah memetik jari , namun kita perlu sentiasa bersabar atas segala kesulitan dan terus berdoa kepada Allah.
"SABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN"
"Bersabarlah menghadapi manis dan pahitnya hidup , kerana kebiasaannya sabar akan mendekatkan kepada kebijaksanaan." -Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni
Telah diriwayatkan dari Ummu Rabi' binti Barra, ibunya Harithah bin Suraqah yang gugur dalam perang Badar bahawa ia datang kepada Rasulullah s.a.w ingin mendengar dari beliau perihal keadaan anaknya yang yang mati syahid untuk menyejukkan hatinya. Dia bertanya: "Wahai Rasulullah , mahukah engkau ceritakan kepadaku perihal nasib Harithah? Jika dia berada di dalam syurga, maka aku bersabar dan jika selain itu, maka aku akan menangisinya sekuat-kuatnya." Rasulullah s.a.w menjawab: "Wahai Ummu Harithah, sesungguhnya dalam syurga terdapat banyak taman dan sesungguhnya anakmu mendapat tempat yang tertinggi di dalam syurga Firdaus"
+JoM hayati kisah ini . kisah seorang insan yang tidak jemu bersabar walaupun berada dalam kesulitan.
Wednesday, August 17, 2011
Nuzul Quran
~ Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan.Alhamdulillah, syukur kepada Illahi kerana telah memberi peluang kepada kita berada di bulan Ramadhan yang barakah ini . kita sudahpun berada di pertengahan Ramadhan . terasa begitu cepat masa berlalu . semoga hari-hari yang berlalu itu kita isi dengan perkara-perkara yang mendekatkan kita dengan Pencipta kita dan semoga kita mencapai ketakwaan dalam beribadah kepadaNya.. amiin.
*sempena hari nuzul quran . CM ada sedikit info berkaitan nuzul quran untuk dikongsikan bersama.
Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Al-Quran merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran menjadi panduan dalam segala hal yang mana mungkin terdapat kemusykilan dalam kehidupan seharian manusia dalam menentukan perkara yang hak dan batil.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Bulan Ramadhan, bulan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)." -Surah Al-Baqarah :185-
Perlu kita ketahui juga, Nabi SAW menerima wahyu daripada Allah SWT dalam pelbagai cara dan keadaan antaranya ialah :
1. Malaikat memasukkan wahyu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW tidak melihat sesuatu pun, hanya berasa ia sudah berada dalam kalbunya.
2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW berupa lelaki yang berkata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal kata-kata itu.
3. Wahyu datang seperti gemerincingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi SAW. Kadangkala pada keningnya keluar peluh walaupun ketika itu musim sejuk. Ada kalanya, unta yang Baginda tunggangi terpaksa berhenti dan duduk kerana berasa amat berat apabila wahyu itu turun. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW dalam rupanya yang asli.
*Seperti yang kita telah ketahui, Al-Quran merupakan panduan untuk kita menyelesaikan segala kemusykilan.. jadi, CM harap kalam Allah ini akan selalu meniti di bibir kita semua, sama-sama kita beramal dengannya (:
Tuesday, August 9, 2011
090811
Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah kerana masih memberi peluang kepadaku bernafas di bumiMu.. Semoga dengan anugerah yang Engkau beri ini menjadikan aku seorang yang bersyukur dengan nikmatmu.."Ya Allah, andai umurku masih panjang..kau berikanlah hidayahMu agar aku tetap di jalanMu..andai masa aku di dunia ini semakin suntuk, Engkau redhailah segala amalan aku selama aku hidup dan Engkau ambillah nyawaku dalam keadaan aku beriman kepadaMu..Jadikanlah aku anak yang solehah kepada kedua ibubapaku , adik dan kakak yang baik buat saudara-saudaraku , isteri solehah buat bakal pendampingku , ibu terbaik buat bakal zuriat-zuriatku dan seorang teman yang baik buat sahabat-sahabatku...Berikan kejayaan serta berkatilah aku di dunia dan di akhirat.."
Sunday, August 7, 2011
Bonus Ramadhan
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
" Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan" iaitu:
Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.
Bonus 2: Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
Bonus 3: Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: "Hampir-hampir hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu" (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan di akhirat)
Bonus 4: Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.
Bonus 5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).
Ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: " Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalannya." (Riwayat Ahmad)
*SOLUSI
Subscribe to:
Comments (Atom)






