Glitter Words

Sunday, May 22, 2011

Takziah

Buat keluarga mangsa kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat..Diharap ahli keluarga mangsa dapat bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi.. untuk maklumat lanjut klik SINI .
* Semoga Allah mencucuri rahmat kesemua mangsa yang terkorban..Sedekahkan al-Fatihah buat mangsa yang terkorban..(al-Fatihah)

Hukum Fotografi

Hukum Fotografi
-Harus bagi seseorang mengambil gambar seseorang yang lain mengikut syariat Islam.
-Harus menerima bayaran dari foto-foto yang halal.

*Fotografi menjadi haram apabila gambar yang diambil adalah melanggar syariat Islam seperti mengambil gambar bogel @ mengambil gambar perempuan yang mendedahkan aurat.

*Melihat aurat perempuan tanpa keperluan darurat (seperti seorang doktor merawat pesakit) adalah haram di sisi Islam.

*Maka hukum mengambil gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya dan permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

*Tidak halal rezeki yang diterima dari mengambil gambar yang melanggar syariat Islam seperti perempuan yang mendedahkan aurat.

Mengikut kaedah fiqh:

"Al-hukum bil wasilah hukum bil maqosid"

-Hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud iaitu jika haram penggunaannya maka haram memperolehinya.

Hadis Sahih Bukhari:

"Sesungguhnya yang halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubhah (samar-samar) yang kebanyakannya manusia tidak mengetahuinya."

Wallahua'lam....

5 Tiang Utama

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-

1. Mengucap dua kalimah syahadah

-(Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad Itu Pesuruh Allah.)

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Ali 'Imran : 18)

2. Menunaikan solat fardu

-Umat Islam wajib menunaikan solat lima waktu yang dikenali sebagai solat Fardu atau solat yang wajib dilakukan.

" Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " - (Surah An-Nisaa': 103)


3. Berpuasa pada bulan Ramadan

-Wajib bagi umat Islam berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.

 "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. " - (Surah Al-Baqarah: 185)

4. Membayar zakat

-Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.
  
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. " (Surah At-Taubah : 103)

5. Mengerjakan Haji bagi yang mampu

-(Sesetengah Ulama' berpendapat saranan ini agar umat islam berusaha untuk mampu) 
Semua orang Islam yang mampu wajib mengerjakan haji, tidak berkira asal-usul mereka. Umat Islam harus mengerjakan rukun ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

"Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadatHaji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. " (Surah Ali 'Imran : 97)


Thursday, May 19, 2011

RAKYAT MARHAEN: ARTIKEL LAMA : 15 GEJALA SOSIAL MELAYU..??? UNTU...

RAKYAT MARHAEN: ARTIKEL LAMA : 15 GEJALA SOSIAL MELAYU..??? UNTU...: "15 GEJALA SOSIAL MELAYU..??? Dalam ruangan skop Berita Hairan (NST) (bertarikh 18/10/2000), Rektor Universiti Islam Antara Bangsa Malays..."

Hukum Mencabut Bulu Kening


Umat Islam mempunyai nilai tersendiri dalam menonjolkan diri seperti mana yang digalakkan mengikut syarak. 

Rasulullah SAW menegaskan: " Bahawa Allah itu indah, Allah sukakan keindahan".
Maksud keindahan yang baginda tegaskan ialah keindahan yang memenuhi tuntutan fitrah semula jadi manusia iaitu keindahan yang tidak sampai menyebabkan lelaki menjadi lembut seperti wanita atau sebaliknya. Keindahan yang digalakkan dalam Islam ialah keindahan yang memenuhi ciri khas lelaki dan perempuan.

Allah menegaskan dalam surah An-Nisa' yang bermaksud:
"Janganlah kamu (samaada lelaki mahupun perempuan) menginginkan kelebihan yang telah diberikan Allah kepada sebahagian yang lain (jenis yang berlainan). Bagi kaum lelaki apa yang mereka kerjakan. Manakala untuk kaum wanita pula apa yang mereka usahakan. Oleh itu, harap dan mohonlah kurnia Allah. Allah Maha Mengetahui (rahsia) segala-galanya."

Mengenai hukum mencabut bulu kening, ia adalah haram samada bagi lelaki mahupun perempuan.

Rasulullah  SAW bersabda: "Allah mengutuk wanita yang memakai rambut palsu atau minta dipakaikan rambut palsu dan wanita yang mencabut bulu kening atau minta dicabutkan bulu keningnya."
(H.R Abu Daud)

Juga hadis riwayat Muslim:
"Allah mengutuk wanita yang membubuh tatu atau menyuruh orang membubuh tatu (dibadan) yang mencabut kening atau menyuruh orang mencabut keningnya atau yang mengasah giginya untuk menghias diri dan merubah ciptaan Allah."

*Jika bulu kening berkenaan luar biasa dan dalam bentuk yang mencacatkan keindahan wajah seseorang maka bolehlah diubah ke tahap normal walaupun terpaksa mencabut beberapa bahagian bulu kening di tempat yang tertentu.

*Menurut ulama',kalau anggota wajah seseorang adalah normal  maka haram membuat apa-apa perubahan dalam bentuk yang telah diciptakan oleh Allah. Tetapi kalau keadaannya cacat yang mengaibkan maka bolehlah anggota berkenaan diubah dengan cara yang selamat dan memolekkan rupa paras seseorang itu.


Sunday, May 15, 2011

we'll find the way...


INSYALLAH

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah

Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah

Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah

Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insya Allah
Insya Allah we`ll find the way


Wednesday, May 11, 2011

Takwa kepada ALLAH...

Tanda-tanda takwa atau takut kepada Allah dapat dilihat dalam 7 perkara iaitu:

Pertama: Lisan
> Seseorang itu menjaga lisan atau lidahnya daripada Ghibah seperti membuat fitnah, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya.

Daripada Abdullah bin Busr r.a, seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syariat Islam (perkara wajib dan sunat) terlalu banyak ke atasku, beritahulah sesuatu yang dapat ku bergantungan dengannya." Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: " Hendaklah lidah kamu sentiasa dibasahi dengan zikir kepada Allah."

Nabi s.a.w bersabda: "Dan siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah ia mengatakakan perkara yang baik."

Kedua: Hati
> Seseorang itu menjaga hatinya agar bersih dan suci dari sifat hasad yang akan melenyapkan kebaikan sebagaimana api melenyapkan kayu.

Dari Nu'man bin Basyir diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari Rasulullah s.a.w mengingatkan mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud : "Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati."

Ketiga: Pandangan
> Seseorang itu menjaga pandangannya dari melihat perkara-perkara haram yang boleh menggelapkan hati.

Imam al ghazali di dalam kitabnya Ihya’ ulumuddin menyebutkan, bahwa mata adalah panglima hati. Hampir semua perasaan dan perilaku awalnya dipicu oleh pandangan mata. Bila mata dibiarkan memandang yang dibenci dan dilarang, maka pemiliknya berada di tepi jurang bahaya. Meskipun ia tidak sungguh-sungguh jatuh ke dalam jurang”.
   
Keempat: Perut
> Seseorang menjaga perutnya agar tidak diisi dengan makanan dan minuman yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi barang yang haram berada di dalam tubuh kita.

Firman Allah s.w.t.: "Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Sungguh, setan itu musuh yang nyata bagimu."

Kelima: Tangan
> Seseorang itu menjaga kedua-dua tangannya supaya tidak digunakan untuk melakukan perkara-perkara haram yang dibenci Allah.

Nabi s.a.w bersabda: "Daripada kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat kepadanya." 

* Nabi s.a.w menyuruh melakukan kerja yang bermanfaat yakni kerja yang halal dalam syariat Islam.

Keenam: Kaki
> Seseorang menjaga kedua-dua kakinya supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah s.w.t.. Seeloknya bila melangkah keluar disertai dengan doa-doa untuk memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

Daripada Ummu Salamah, sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila keluar dari rumahnya, baginda memandang ke langit sambil berkata: " Dengan nama Allah aku bertawakal kepadaNya. Ya Allah! Aku mohon berlindung dengan Engkau daripada kami tergelincir atau digelincirkan (daripada jalan kebenaran) atau tersesat atau disesatkan (daripada hidayah) atau kami melakukan kezaliman atau kami dizalimi, atau kami tidak menjadi orang yang jahil atau orang lain memperbodohkan kami."

Ketujuh: 
>Ketakwaan atau ketaatan kepada Allah dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t serta takut kepada sifat-sifat riak dan munafik.


* Firman Allah s.w.t.: "Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa."

* Firman Allah s.w.t.: "Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah bersama orang-orang yang bdertakwa."

* Firman Allah s.w.t.: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim."

.::AllahFilQalb::.

Tuesday, May 3, 2011

Sejarah Solat 5 Waktu


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
 i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
 ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
 i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
 ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
 iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
 iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
 i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
 ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
 iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
 iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
 i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
 ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
 iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata,  tiada dua atau tiganya.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat  mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT  menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa  empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
 i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
 ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
 iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
 iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun


.:: AllahFilQalb ::.

*http://tazkirah.blogdrive.com 

Sunday, May 1, 2011

Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka

Diakhirat nanti ade empat golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Meraka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau hanya dengan memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik oleh anaknya ke neraka.

2. Suaminya
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di tempat kerja, memperhiaskan diri bukan untuk suami, tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim, dimana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong daripada ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak-anaknya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal perlakuan yang haram di sisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, menfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

.::AllahFilQalb::.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...