Glitter Words

Sunday, July 31, 2011

aHLaN wAsaHLaN ya RaMaDhAn

Alhamdulillah, setelah setahun ramadhan yang lepas meninggalkan kita . akhirnya kita bertemu lagi dengan bulan yang mulia pada tahun ini . Ahlan wasahlan wahai tetamu yang dirindui . kehadiranmu memberi kebahagiaan kepada umat islam yang selalu menantikanmu . ya Ramadhan kareem , kehadiranmu mengisi kehidupan kami dengan nikmat yang begitu bernilai . kerahmatan , keberkatan dan keampunan yang kami harapkan dari Khaliq kami melaluimu..

 Ramadhan , bulan yang penuh kerahmatan , keberkatan dan keampunan dari Allah s.w.t kepada hambaNya yang bertakwa .

                                                 Firman Allah s.w.t: 
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) 
Sabda Nabi s.a.w :
"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." 
(Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).
SALAM RAMADHANN KAREEM kepada muslimin & muslimat di seluruh dunia . Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya . Sama-sama kita menghidupkan bulan yang mulia ini dengan amal ibadat ikhlas keranaNya sepertimana tuntutan-tuntutan tersebut dan dihiasi dengan pohon-pohon kesabaran . 
 Semoga Allah memberkati dan merahmati hidup kita semua serta mengampunkan segala dosa-dosa lalu . Amiin ya Rabb..

Tuesday, July 26, 2011

Tetamu yang Dinanti-nanti

Alhamdulillah, kita sudah berada di penghujung bulan Syaaban . Ini bererti kita bakal didatangi tetamu yang cukup indah lagi barakah iaitu Ramadhan kareem , Bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan bagi umat islam yang menghidupkan bulan ini dengan amal ibadah yang ikhlas kerana Allah s.w.t .
Tidak sabar rasanya ingin bertemu denganmu wahai ramadhan , ingin dirasa kenikmatanmu .

"Ya Allah, kau panjangkanlah umur kami agar kami bisa merasai kenikmatan bulan Ramadhan yang akan bertandang di dalam hidup kami beberapa hari lagi . andai kami sempat bertemu dengan tetamu yang indah ini , akan kami hargai ia dan kami manfaatkan masa kami untuknya dengan izinMu ya Allah"
~amiin ya Rabb~


ya Ramadhan , kami merinduimu . kehadiranmu dinanti-nanti , semoga kami dipanjangkan umur supaya sempat bertemu denganmu .

Monday, July 25, 2011

As-Syahid Imam Hasan Al-Banna

 

nak kenal as-Syahid Imam Hasan Al-Banna lebih mendalam . jom klik 1 dan 2

Di sini CM sertakan beberapa pesanan Imam Hasan Al-Banna, mari sama-sama kita baca, fahami dan jadikan ia sebagai amalan dalam hidup kita...
Berikut adalah 10 pesanan Imam Hasan Al-Banna..

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang yangnyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

*semoga pesanan Imam Hasan Al-Banna ini menjadi rantai hikmah kepada kita bagi menyambung perjuangan beliau dalam menegakkan agama ALLAH yang suci..

Thursday, July 21, 2011

ABADIKAN HATI DENGAN SIFAT MAHMUDAH

Imam Ghazali telah menggariskan sifat mahmudah kepada beberapa bahagian:

1. TAUBAT
~ Keazaman utk meninggalkan segala kesalahan dan dosa besar melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.

2. TAKUT AKAN ALLAH S.W.T
~ Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan laranganNya.

3. MAHABBAH
~ Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang mempertahankan Islam.
4. ZUHUD
~ Kehidupan insan Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.

5. SABAR
~ Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan yang merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalan menjauhi maksiat.

6. SYUKUR
~ Bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat kesihatan, rezeki, kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya.

7. IKHLAS 
~ Untuk mencapai keikhlasan, amat dituntut mematahkan dorongan nafsu dan kasih akan dunia.

8. TAWAKAL
~ Meletakkan pergantungan hanya pada Allah s.w.t setelah berazam diikuti dengan usaha.

9. REDHA DENGAN QADA' ALLAH
~ Segala ketentuan Allah samada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan Mukmin.

10. MENGINGATI MATI
~ Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya.
sumber: GenQ

Friday, July 15, 2011

Cinta Ukasyah Membawa ke Syurga

Dalam satu kesempatan usai shalat berjamaah di masjid, Rasulullah yang baru sembuh dari sakit berdiri di depan jamaahnya dan berkata, “Duhai sahabat, kalian tahu umurku tak akan lagi panjang, Siapakah di antara kalian yang pernah merasa teraniaya oleh si lemah ini? bangkitlah sekarang untuk mengambil kisas, jangan kau tunggu hingga kiamat menjelang, karena sekarang itu lebih baik”.
Semua yang hadir terdiam, semua mata menatap lekat Nabi yang terlihat lemah. Tak akan pernah ada dalam benak mereka perilaku Nabi yang terlihat janggal. Apapun yang dilakukan Nabi, selalu saja indah. Segala hal yang diperintahkannya, selalu membuihkan bening saripati cinta. Tak akan rela sampai kapanpun, ada yang menyentuhnya meski hanya secuil jari kaki. Apapun akan digadaikan untuk membela Al-Musthafa.
Melihat semua terdiam, Nabi mengulangi lagi ucapannya, kali ini suaranya terdengar lebih keras. Masih saja para sahabat duduk tenang. Hingga ucapan yang ketiga kali, seorang laki-laki berdiri menuju Nabi. Dialah ‘Ukasyah Ibnu Muhsin. “Ya Rasul Allah, dulu aku pernah bersamamu di perang Badar. Untaku dan untamu berdampingan, dan aku pun menghampirimu agar dapat menciummu, duhai kekasih Allah, saat itu engkau melecutkan cambuk kepada untamu agar dapat berjalan lebih cepat, namun sesungguhnya engkau memukul lambung samping ku” ucap ‘Ukasyah.
Mendengar ini Nabi pun menyuruh Bilal mengambil cambuk di rumah putrinya, Fatimah. Tampak keengganan menggelayuti Bilal, langkahnya terayun begitu berat, ingin sekali ia menolak perintah tersebut. Ia tidak ingin cambuk yang dibawanya itu melecut tubuh Nabi yang baru saja sembuh.
Abu Bakar dan Umar bin Khattab maju ke depan dan berkata kepada Ukasyah, “Deralah kami sesukamu, pilihlah bagian mana saja yang kau inginkan. Jangan sekali-kali kau pukul Rasul…” Namun Rasulullah meminta keduanya duduk kembali dan membiarkan Ukasyah melanjutkan. Begitu pun ketika Ali bin Abi Thalib berdiri dan mengajukan dirinya untuk dikisas menggantikan baginda Nabi.
Ketika Rasulullah membuka gamisnya, maka terlihatlah tubuh indah nan mulia milik lelaki pilihan itu. Saat itulah Ukasyah membuang cambuk di tangannya dan melompat memeluk tubuh mulia itu. “Siapakah yang sampai hati mengkisas manusia indah sepertimu. Aku hanya berharap tubuhku melekat dengan tubuhmu hingga Allah dengan keistimewaan ini menjagaku dari sentuhan api neraka”.
Dengan tersenyum, Nabi berkata: “Ketahuilah duhai manusia, siapa yang ingin melihat penduduk surga, maka lihatlah pribadi lelaki ini”. Ukasyah langsung tersungkur dan bersujud memuji Allah…
Sedangkan yang lain berebut mencium ‘Ukasyah.“Duhai, ‘Ukasyah berbahagialah engkau telah dijamin Nabi sedemikian pasti, bergembiralah engkau, karena kelak engkau menjadi salah satu yang menemani Rasul di surga”.
 ~bertuahnya Ukasyah, menjadi peneman Nabi di Syurga kerana cintanya kepada Nabi...begitu cintanya para sahabat kepada Nabi sehingga tidak rela melihat tubuh Baginda dilukai walau sedikitpun...mampukah kita menjadi umat Nabi Muhammad yang mencintai Nabi lebih dari apa yang ada di dunia sementara ini...?

>semoga kisah ini memberi manfaat kepada semua agar bertambah cinta di hati untuk Nabi tercinta..mari sentiasa berselawat kepada Nabi SAW (:


Wednesday, July 13, 2011

Fadhilat Syaaban

Sedar tak sedar , kita sudah berada hampir di pertengahan bulan Syaaban , bulan yang juga penuh dengan keberkatan dan fadhilatnya bagi orang menghidupkan bulan ini dengan amal ibadat . Bulan ini juga mengingatkan kita umat islam kepada hampirnya bulan islam yang penuh kerahmatan iaitu Ramadhan.

~hari ni CM nak kongsikan sedikit info tentang fadhilat bulan Syaaban untuk renungan bersama (:

SYAABAN DAN KELEBIHANNYA
Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa. 

Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai . Ini kerana diambil sempena peristiwa orang-orang Arab  berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air pada bulan tersebut . Ada pula yang berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.
Bulan Syaaban  juga merupakan bulan untuk kita memperbaiki diri dari segala salah silap yang pernah dilakukan. 

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”
Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

KEUTAMAAN SYAABAN

Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan  rahmat kepada hambaNya. 

Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”                                                                                                             

~Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. 

Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt  serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”

~Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. 

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak  dari puasanya di bulan Syaaban.”

Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

               AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN
1. Memperbanyakkan puasa sunat:
          
i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda   bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga  hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

 ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

 iii  Jika berpuasa sebulan  pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

 iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)

v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.” 

2. Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
      
Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)  

3. Bertaubat:

Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.

MALAM NISFU SYAABAN

~Malam 15 Syaaban lebih dikenali  sebagai malam  Nisfu Syaaban.
  
Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana  malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.
 Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.
P/S : Marilah sama-sama kita hidupkan bulan Syaaban yang penuh keberkatan ini dengan amal ibadat yang ikhlas keranaNya . Selamat beramal . Semoga Allah memberkati kita dan menerima taubat kita serta mengampunkan segala dosa-dosa  (:

Monday, July 11, 2011

Jika Aku Jatuh Cinta

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu...
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu...
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
                           ~Amin Ya Rabb~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...