Glitter Words

Friday, September 24, 2010

dEfiNisI cInTa...


Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, megubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah..Sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri...meskipun lidah telah mampu menguraikan namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang...sementara pena tergesa-gesa menuliskannya..kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta...dalm menghuraikan cinta, akal terbaring tak terdaya bagaikan keldai terbaring dalam lumpur...Cinta sendirilah yang menerangkan CINTA dan PERCINTAAN...

 Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku

Cinta adalah anugerah dari Allah dan cinta yang paling agung adalah cinta makhluk kepada Penciptanya...cinta yang merupakan kunci dunia akhirat...Cinta Allah menjana cinta manusia...
(ya Allah, semaikanlah cinta dan rindu di hati kami untukMu dan Nabi Muhammad...berilah kami petunjuk dalam mencari cintaMu...)

Tuesday, September 21, 2010

Man Ana???

                               *NAinZ*
*Nama yang diberi oleh mek & arwah ayah ~Nurul Ain bt Zakaria
* Berumur 20 tahun
*Dilahirkan & dibesarkan di rumah (Kg Terusan Limbat)
*Memulakan pendidikan Pra persekolahan di PASTI Pasir Tumboh dari tahun 1995-1996
*Pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Gong Dermin pada 1997-2002
*Pada tahun 2003 menyambung pembelajaran peringkat sekolah menengah
  di SMU (A) Taqaddum Al-Maarif sehingga 2008
*Berbekalkan sijil STAM, mendaftar di sebuah kolej di negeri jelapang padi,
Kedah (Kolej Universiti Insaniah) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Syariah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...